Pembanci hadapi masalah sikap masyarakat Cina
Antara masalah yang dihadapi oleh pegawai pembancian adalah segelintir masyarakat Cina yang enggan beri kerjasama dengan alasan tidak tahu berbahasa Melayu dan Inggeris.
Setelah 30 tahun berlalu ada lagi warganegara Malaysia yang tidak tahu bercakap bahasa Melayu. Lebih teruk lagi apabila mereka juga tidak tahu berbahasa Inggeris. Mereka pula bukan duduk di pedalaman tetapi tinggal di sekitar kawasan bandar.
Menurut seorang pembanci baru-baru ini, beliau mengalami kesukaran untuk menemu bual penduduk yang tidak tahu berbahasa Melayu. Terkejut juga penulis kerana masih ada yang tidak tahu bercakap bahasa Melayu selepas hampir 53 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.
Jika tahun 1980, iaitu 23 tahun selepas merdeka mungkin boleh dimaafkan tetapi kini sudah memasuki tahun 2010. Menyelak kembali pengalaman penulis pada tahun 1980, mungkin ketika itu penghuni yang ditemui dilahirkan sebelum merdeka, pada zaman penjajah. Mungkin ketika itu, dia hanya tahu bertutur bahasanya sahaja.
Tetapi kenapa generasi yang mungkin lahir pada tahun 1960an atau 1970an masih tidak mampu bercakap dalam bahasa Melayu? Di mana silapnya? Adakah sistem pendidikan negara yang silap? Atau adakah mereka berpura-pura tidak tahu bercakap dalam bahasa Melayu?
Bukankah pelik jika warganegara Malaysia tidak faham bahasa Melayu? Warga Pakistan, India, Bangladesh, Myanmar, Vietnam, dan macam-macam lagi yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki mampu bercakap dalam bahasa Melayu.
Bukan mahu meniup perkauman tetapi kita rasa slogan 1Malaysia mungkin akan hanya tinggal sebagai slogan atau propaganda pemimpin kita.
PUTRAJAYA: Masalah sikap orang ramai khususnya masyarakat Cina merupakan cabaran utama pembanci melakukan tugas pembancian sepanjang gerakan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 setakat ini, kata Pesuruhjaya Banci dan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.Beliau berkata terdapat antara mereka mengatakan mereka tidak tahu berbahasa Melayu dan Inggeris.
“Rungutan kebiasaannya datang dari masyarakat Cina yang mengatakan mereka hanya tahu berbahasa Mandarin. Itu tidak harusnya terjadi kerana kita sebagai rakyat Malaysia, sebagai penduduk Malaysia sejak merdeka hampir 53 tahun, sudah pasti tahu untuk menggunakan salah satu bahasa itu,” katanya.
Borang soal selidik yang mengandungi 51 soalan dengan empat bahagian dibuat dalam dua bahasa Melayu dan Inggeris. Banci 2010 dijalankan dalam tiga fasa dan kini ia berada terakhir yang sedang berlangsung bermula pada 7 Ogos berakhir 22 Ogos ini.
Fasa I dan II telahpun dijalankan, masing-masing dari 6 Julai hingga 22 Julai dan 23 Julai hingga 6 Ogos lalu. Wan Ramlah berkata bahawa dalam Fasa I Banci 2010, 70 peratus daripada mereka yang tidak memberikan respons adalah masyarakat Cina.
“Kita bukan mahu bersikap perkauman dalam mendedahkan masalah ini. Perdana Menteri sendiri menyatakan konsep 1Malaysia adalah untuk kebaikan semua kaum.
August 12, 2010, Thursday

Tiada ulasan: