Pelajar Miskin Dapat Habuan

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan telah menyampaikan RM537,200 grant Kerajaan Persekutuan di bawah program Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM. Wang tersebut telah diserahkan kepada Pengerusi Guru Besar daerah Lawas, Haji Omar Matussin.

Sebanyak RM200 seorang akan diagihkan kepada murid-murid miskin di daerah Lawas dan ini adalah agihan pertama dari dua agihan pada tahun ini. Oleh kerana tujuan kerajaan adalah untuk membantu membeli perkakas dan pakaian sekolah diharap guru besar dapat menasihat dan memastikan wang tersebut tidak disalahgunakan oleh ibu-bapa atau penjaga.

Jika ada bukti penyalahgunaan berlaku seperti untuk membeli arak atau rokok, Lawas.com menyarankan agar penerima disenaraihitamkan agar tidak menerima salauran seterusnya.

Posted by Lawasian on Rabu, Ogos 11, 2010. Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Tiada ulasan: