Menghina Negara sendiri

Dalam kita menyambut hari kemerdekaan, budak Namewee ini masih mempermainankan dan menghina negara sendiri. Dia sudah banyak mencabar kepimpinan Melayu kerana dia tahu kempimpinan sekarang tidak akan mengunakan ISA.

Perbuatan menghasilkan video yang membangkitkan sentimen perkauman perlu dikenakan tindakan tegas supaya ia tidak menjadi amalan di kalangan rakyat negara ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Beliau berkata, perbuatan seperti itu boleh dikategorikan sebagai perkara yang menyalahi seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Perbuatan seperti itu katanya, tidak harus dilihat semata-mata sebagai kebiasaan, malah ia sangat menyedihkan kerana setelah sekian lama berjuang untuk mecapai kemerdekaan dan membina negara, sepatutnya masyarakat negara ini menjadi lebih matang.

"Apalah seronoknya bagi kita, misalnya memperkecil-kecilkan lagu Negaraku, mengubah senikatanya, menconteng wajah Yang di-Pertuan Agong atau membuat video seperti itu.

"Ini jelas merendahkan lagi martabat kita sebagai satu negara dan satu bangsa di bawah gagasan 1Malaysia,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai tindakan Wee Meng Cheng atau dikenali sebagai Namewee yang mengulangi perbuatan yang dianggap biadab dengan menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman. - Bernama

Posted by Lawasian on Ahad, Ogos 29, 2010. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Tiada ulasan: