Bayar zakat fitrah hanya kepada amil yang dilantik TBS

Umat Islam di sini diingatkan untuk menjelaskan bayaran zakat fitrah mereka hanya kepada amil-amil bertauliah yang dilantik oleh Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).

Ketua cawangan TBS Miri, Marini Juraibi berkata, seramai 93 amil dilantik untuk mengutip zakat daripada masyarakat Islam di Bahagian ini, yang ditempatkan di surau, masjid dan Bazar Ramadan.

“Kita menerima aduan terdapat amil-amil yang bergerak sendiri mengutip zakat daripada penduduk. Saya mengingatkan penduduk untuk hanya membayar zakat kepada amil yang dilantik oleh Baitulmal.

Mereka perlu menunjukkan kad pengenalan dan setiap pembayar zakat harus menerima resit daripada Baitulmal,” jelasnya semalam.

Beliau berkata, resit zakat fitrah yang dikeluarkan adalah berwarna ungu muda dengan tulisan TBS berwarna putih. Bayaran zakat fitrah yang dikenakan untuk setiap umat Islam di Sarawak ialah RM5.20.

Marini menambah, kesemua amil yang dilantik merangkumi kawasan Miri, Bekenu, Niah, Bakong, Baram dan Marudi.

Selain di masjid dan surau, penduduk juga boleh menjelaskan zakat di kaunterkaunter zakat yang dibuka di Bazar Ramadhan di Stadium Tertutup Miri dan Saberkas.


August 20, 2010, Friday

Posted by Lawasian on Sabtu, Ogos 21, 2010. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Tiada ulasan: