Tiada istilah terlambat untuk timba ilmu
LIMBANG:Tiada istilah terlambat untuk menguasai dan menambah ilmu keagamaan kerana ia boleh dipelajari dan dikuasai sepanjang masa, demikian menurut Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah.
BERMANFAAT: (duduk empat kiri) Mohamad, Dr Rahman, Hasbi serta jemputan lain merakam kenangan bersama para peserta kursus memandikan jenazah di Kampung Pandam semalam.
BERMANFAAT: (duduk empat kiri) Mohamad, Dr Rahman, Hasbi serta jemputan lain merakam kenangan bersama para peserta kursus memandikan jenazah di Kampung Pandam semalam.
Tegas beliau, generasi muda hari ini tidak seharusnya meletakkan alasan terlambat untuk mempelajari pelbagai ilmu keagamaan menerusi pelbagai saluran dan kaedah pembelajaran yang ada.
Menurut beliau pendekatan bijaksana perlu dilakukan pelbagai persatuan, parti politik dan agensi kerajaan kerajaan, swasta dan pihak Ngos untuk menarik kembali golongan muda mempelajari pelbagai ilmu tersebut.
“Kita lihat trend pada hari ini kebanyakkan generasi muda kurang minat untuk menyertai mana-mana program keagamaan yang dianjurkan.
“Sebagai peyambung dan pewaris negara, mereka perlu mempelajari pelbagai program keilmuan dan keagamaan untuk menjadikan mereka generasi yang berilmu,” katanya semasa berucap merasmikan Kursus Pengurusan Jenazah Perdana di Kampung Pandam di sini semalam.
Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dr Abdul Rahman Ismail, Pengerusi Persatuan Melayu Limbang (PML), Mohamad Abu Bakar, Pegawai Agama Islam Bahagian, ustaz Sazali Datuk Abdul kadir, Pegawai Jasa Daerah, Nasir Kindang dan jemputan lain.
Lebih 20 peserta melibatkan 13 buah kampung di sepanjang sungai Limbang menyertai kursus anjuran PML itu.
Hasbi menambah lagi penganjuran kursus berbentuk keagamaan yang diadakan perlu melibatkan penyertaan golongan sasar agar mereka didedahkan dengan pelbagai pengetahuan keagamaan.
“Kita tidak mahu hanya orang-orang tua, wanita saja yang banyak menghadiri kursus tersebut. Pendekatan bijaksana perlu dipraktikkan untuk menarik minat golongan muda menyertai kurus terbabit,” katanya lagi.
Jelasnya dengan adanya program dan kursus keagamaan termasuk memandikan jenazah, ia akan melahirkan lebih ramai peserta yang mempunyai kemahiran memandikan jenazah terutama ketika berlakunya kematian.
“Jika dulu memang susah untuk mencari orang yang pandai memandikan jenazah ketika berlakunya kematian di kampung-kampng. Kebanyakkan penduduk hanya bergantung kepada orang-orang tua saja,” katanya.
Tetapi hari senarionya begitu berbeza, ramai penduduk kampung yang menunjukkan minat yang tinggi untuk mempelajari kemahiran tersebut,” katanya lagi.
Terdahulu Dr Rahman pada ucapannya turut memuji usaha PML dalam menganjurkan kursus sedemikian di kawasan terpilih untuk menarik lebih ramai peserta mempelajari kemahiran memandikan jenazah.
“Selain dijadikan sebagai tempat untuk memperjuangkan nasib dan kebajikan ahlinya, persatuan juga perlu aktif menjalankan pelbagai program termasuk keagamaan untuk menarik lebih ramai peserta mempelajari ilmu berkenaan.
“Program sedemikian perlu diteruskan pada masa akan datang,” katanya lagi.
BP by Mastura Ismail
July 19, 2010, Monday

Tiada ulasan: