Cari Nasib julang piala Awang Damit Ali Hasan
![]() |
| UNTUK ALBUM: Empat pasukan terbaik merakamkan kenangan bersama tetamu kehormat pertandingan bola sepak merebut piala Awang Damit Ali Hasan. |
Mereka menundukkan pasukan Punang B.J melalui sepakan penalti 3-2 pada perlawanan akhir pertandingan itu.
Selain piala pusingan, mereka membawa pulang wang tunai RM1,000. Hadiah disampaikan oleh Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong.
Hadir sama ialah pengerusi penganjur, Awang Damit Ali Hasan, pengerusi pengelola yang juga Ketua Ranting Pergerakan Pemuda PBB Merapok Ulu, Jebat Ghani, Ketua Pergerakan pemuda PBB Bukit Sari Kr Simie Nasib, Timbalan ketua Pemuda PBB Bukit Sari Awang Emran Awang Damit dan jemputan lain.
Pertandingan yang dianjurkan Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) Ranting Merapok Ulu itu mendapat sambutan hangat apabila seramai 32 pasukan berentap untuk merebut Piala Awang Damit Ali Hasan.
Ia juga menggamit penyertaan pasukan dari negeri Sabah yang terdiri daripada wakil daerah Beaufort, Sipitang, Tenom, Sindumin dan pasukan Menumbok (Wilayah Persekutuan Labuan).
Pasukan lain yang turut mencuba nasib ialah Pemuda PBB Bukit Kota, Limbang dan dari seluruh Lawas.
Menurut Awang Damit, program itu merupakan satu usaha untuk mendampingi rakan-rakan belia dan pemuda di peringkat akar umbi bagi memastikan mereka tidak terjebak dalam aktiviti tidak sihat.
Selain itu, katanya, ia mampu menjadi landasan bagi mengenal pasti bentuk aktiviti sukan untuk golongan belia mengisi masa lapang mereka.
“Kita tidak perlu memikirkan sesuatu aktiviti yang besar tetapi tidak mendatangkan impak kepada golongan tersebut. Kita harus memberi fokus kepada golongan majoriti yang memerlukan sentuhan pemimpin parti di peringkat ranting mahupun cawangan Pergerakan Pemuda PBB melalui aktiviti sedemikian,” ujarnya.


Tiada ulasan: