Petarikan Merapok Lawas pertahan Piala Kedayan
by Mastura Ismail. Posted on May 18, 2010, Tuesday
LIMBANG: Pasukan Petarikan Merapok Lawas melakar sejarah mereka yang tersendiri apabila mempertahankan kejuaraan Piala Kedayan anjuran Persatuan Kedayan Limbang (PKL) pada perlawanan akhir di sini, petang kelmarin.Kejayaan manis itu dicapai setelah mereka menewaskan pasukan Sualai A menerusi penentuan sepakan penalti 3-1 dalam pertarungan yang berlangsung sengit lagi rancak.
Selaku juara, Petarikan Merapok Lawas membawa pulang hadiah berupa piala pusingan, piala iringan serta pingat sementara Sualai A tetap tidak pulang hampa dengan piala iringan dan pingat.
Tempat ketiga dan keempat masing-masing disandang oleh pasukan Kampung Buangsiul dan Penapak.
Hadiah kemenangan disampaikan oleh Pemanca Ladis Pandin. Hadir sama Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PPB) Bukit Sari Lawas, Kaunselor Simie Nasib, Pengerusi PKL, Penghulu Abdullah Osman dan pengerusi penganjur pertandingan, Alidin @ Brahim Tawar.
Sebanyak 25 pasukan menyertai pertandingan kali ini, termasuk 15 pasukan dari Daerah Limbang, sembilan dari Daerah Lawas dan sebuah pasukan dari Miri.

Tiada ulasan: