AADK akan siasat dakwaan

April 5, 2010, Monday

KUCHING: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan menyiasat dakwaan Kesatuan Guru Sarawak (STU) bahawa pengedar dadah menggunakan rokok bercampur dadah bagi memancing pelajar menjadi penagih dan ejen mereka.

Pengarah AADK Sarawak, Rosland Hussen berkata, agensi itu akan mendapatkan kepastian daripada Jabatan Pendidikan negeri tentang kesahihan kenyataan STU itu yang tersiar dalam sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris pada Sabtu.

“Pada peringkat ini kami ingin dapatkan dahulu gambaran lebih jelas sebelum mengambil tindakan yang diperlukan,” katanya kepada Bernama di sini, semalam sebagai mengulas pendedahan mengejutkan oleh STU itu.

Akhbar berkenaan memetik presiden STU, William Gani Bina sebagai berkata pelajar yang menghisap rokok bercampur dadah akan menjadi ketagih dan bagi mendapatkan wang untuk membelinya, mereka akan menjadi ejen pengedar dadah menjual rokok berkenaan kepada pelajar lain di dalam dan luar kawasan sekolah.

STU membuat kenyataan itu berikutan operasi pencegahan dadah di Bintulu awal minggu ini yang menyaksikan 14 pelajar dan empat belia ditahan polis. — Bernama

Posted by Lawasian on Isnin, April 05, 2010. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Tiada ulasan: