Iklan Raya "Santa Claus" Di TV3

Sejak 9 September 2010, TV3 menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang Pakcik dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan.Pakcik itu seolah olah membawa pendati yang diheret oleh rusa-rusa. Kelihatan juga ada bunga teratai dalam iklan tersebut.

Ia dilihat seperti menyamakan Aidil Fitri dengan unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memasukkan elemen beca terbang, bunga teratai dan pelita. Amat tidak relevan bunga teratai dengan Hari Raya Puasa. Iklan tersebut wajar dibuang daripada siaran.

Kos penerbitan iklan itu dikatakan mencecah RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

TV3 harus lebih teliti dan terperinci berkaitan dengan perkara ini. Jangan rojak semuanya, ambil kira sensitiviti masyarakat dan agama. Dipohon jasa baik TV3 untuk membuang terus siaran iklan tersebut.

Posted by Lawasian on Isnin, September 13, 2010. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Tiada ulasan: