Ramadan Bermula Rabu!
Sekurang-kurangnya 10 negara di Timur Tengah menetapkan tarikh permulaan puasa di bulan Ramadan pada hari ini. Arab Saudi menjadi negara pertama yang menetapkan tarikh permulaan puasa pada Rabu yang dibuat oleh panel rukyah, diikuti oleh negara-negara Arab dan Islam lain.Sehingga kini negara-negara Timur Tengah yang mula berpuasa hari ini ialah Arab Saudi, Jordan, Qatar, Emeriyah Arab Bersatu, Kuwait, Lebanon, Yemen, Libya. Palestin dan Turki. Banyak lagi negara Arab dan Islam lain yang mengikuti jejak Arab Saudi.
Dan JUGA, Malaysia dan Indonesia menyambut bulan suci Ramadan serentak dengan kebanyakan negara Islam lain iaitu hari Rabu, 11 Ogos 2010. Negara Brunei - yang mengistiharkan satu Ramadan hanya pada hari khamis - meneropong bulan dari Bukit Ambok, Bukit Agok, Padang Tembak dan Bukit Lumut di Belait.
Dari Abu Hurairah Rasulullah Saw bersabda: ”Berpuasalah jika telah melihat hilal dan berhari-rayalah bila telah melihat hilal”. ( HR Bukhori dan Muslim).
Puasa Ramadhan, sholat Aidul Fitri dan Aidul Adha pada dasarnya merupakan ibadah yang seharusnya dilaksanakan secara berjamaah dan bersama-sama.
Berbagai hadits yang terkait menunjukkan betapa hari raya adalah syiar Islam yang hanya tegak ketika dilaksanakan secara bersama-sama oleh umat Islam. Pemimpin Islam wajib mengambil iktibar apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah ketika berita tentang terlihatnya hilal di wilayah Syam (Syria) yang baru sampai kepada Nabi di Madinah menjelang dhuhur, maka sikap Rasulullah meminta kaum muslimin untuk membatalkan puasa meski harus menunda shalat Aidil fitri di keesokan harinya.
Hal itu menunjukkan Rasulullah sangat memperhatikan betapa Hari Raya Idul fitri sedianya dilakukan bersama-sama oleh seluruh umat Islam dengan serentak. Demikian juga pelaksanaan sholat Idul Adha adalah syiar Islam yang dilaksanakan secara bersama-sama dan dalam waktu yang sama.
Sebagaimana beliau bersabda: “Puasa adalah di hari kalian berpuasa, berbuka adalah di hari kalian berbuka dan aidul Adha adalah di hari kalian berkurban” (HR At-Tirmidzi)
Dalam menetapkan awal Ramadhan dan Idul Fitri kerajaan kita berpandukan hisab dan rukyah. Hisab dirujuk sebagai landasan untuk merukyah, yaitu berupaya melihat munculnya bulan sabit menjelang terbenam matahari pada tanggal 29 bulan hijriyah. Allah berfirman, “…Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) dibulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu… “ (QS 2: 185)
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah meng-umumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 11 Ogos 2010 bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
BalasPadamBeliau membuat pengumuman itu melalui siaran langsung RTM1 malam tadi.
Pada 3 Ogos lepas Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menetapkan semalam untuk melihat anak bulan serta menetapkan beberapa tempat untuk tujuan tersebut termasuk di Menara Kuala Lumpur.
Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Ruk-yah serta Hisab.