Kanak-Kanak dan Datuk Amar main limut

Lama inda mendangar perkataan 'LIMUT'. Saya tamanung sekejap memikirkan apa makna limut. Nya orang, sudah lama inda bakurapak bahasa Barunai yang 'dalam-dalam'. LIMUT membawa maksud minta tangguh dengan kadar semantara dan perkataan ini sinonim dengan alam kanak-kanak.

Dalam bahasa inggeris limut membawa erti sama dengan 'pause' atau 'postpone' atau pihak mahkamah mengunakan perkataan 'adjourn'. Perkataan 'postpone' atau 'adjourn' membawa maksud tangguh yang lama, semantara 'limut' dalam erti yang sebenar bersifat semantara dan ditangguh dalam masa yang pendek. 'Colop' dalam bahasa Sarawak membawa erti yang sama.

Saya inda dapat bayangkan kalau seorang hakim yang berasal dari Lawas menangguhkan prosiding mahkamah dengan memerintahkan " Saya melimutkan perbicaraan hari ini kepada minggu hadapan!" Atau Datuk Amar Awang Tengah berkata " Kita limutkan saja mesyuarat PBB pada hari ini"

Dalam alam kanak-kanak perkataan ini adalah sebagai 'penyelamat' semasa bermain 'Jadi'. Main 'Jadi' ialah sejenis permainan bubut-bubutan yang siapa 'jadi' ia akan membubut, sentuh sekaligus berkata 'Kau jadi!" kapada rakan yang kedapatan sebagai ganti membubut. Pemainan ini banyak mengunakan tenaga kerana membabitkan membubut atau menguyung. Dalam permainan ini 'limut' digunakan untuk berhenti sekejap atau 'minta tangguh' disebabkan oleh sesuatu sebab yang munasabah seperti seluar pilarut tertanggal, kaki sakit atau terkena duri.

Disebabkan limut ini bercirikan 'kekebalan' mangsa, maka perkataan ini sering disalahgunakan hingga menimbulkan pergaduhan. Semasa kanak-kanak, saya pernah mengunakan perkataan ini semasa bulan puasa. "Ma, aku minta limut dulu ah.. karing lihirku"

Tetapi jangan kompius jika perkataan 'limut' ditambah menjadi 'mengelimut'! Ianya tidak membawa erti yang sama malah bertentangan maksud. Jika mengikut lumrah bahasa Melayu dan bunyi ianya menjadi 'verb' ataupun 'perbuatan' tetapi dalam hal ini 'mengelimut' bermasksud 'mengumpat' atau menceritakan hal orang lain.

Posted by Lawasian on Rabu, Ogos 11, 2010. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Tiada ulasan: