Apa dah jadi projek hidro?

Projek yang belum dimulakan itu timbulkan kegelisahan,  persoalan kepada penduduk Buduk Nur dan Long Langai
BA KELALAN: Projek hidroelektrik yang menelan kos jutaan ringgit di Ba’Kelalan tetapi  masih belum memulakan kerja pembinaannya menimbulkan kegelisahan dan persoalan kepada hampir  1,000 penduduk di Kampung Buduk Nur dan Long Langai.

POSER ON MICRO-HEP: Tadam (right) and Frederick show pictures of the pipes that
are supposed to be used for the micro-hydro electric project in Ba
Kelalan.


TIMBUL TANDA TANYA: Tadam (kanan) dan Frederick ketika berkunjung ke pejabat Utusan Borneo semalam menunjukkan beberapa keping gambar longgokkan saluran paip bagi pembinaan projek hidro yang belum dijalankan di kampung mereka.

Menurut mereka, sehingga kini belum ada lagi kontraktror yang datang ke kampung itu untuk  melaksanakan projek yang tertangguh sejak sekian lama.

Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Buduk Nur Tadam Arun berkata sehingga kini kerja-kerja membina projek berkenaan belum dijalankan lagi.
“Inilah yang membingungkan penduduk kampung kerana kerajaan sudah menyediakan peruntukan besar untuk melaksana projek hidro di kampung kami, tetapi sehingga hari ini tidak  kelihatan kelibat seorang kontraktor pun yang datang ke kampung kami,” katanya ketika  berkunjung ke pejabat Utusan Borneo di sini semalam.

Beliau yang ditemani Pengerusi Persatuan Lunbawang Limbang Frederick Lalung Ngilo  berkata, penduduk kampung mulai curiga dan ingin tahu perkembangan projek berkenaan.

“Apa yang kita nampak hanya saluran paip yang dilonggok di kawasan kami, tetapi tiada  perkembangan positif terhadap kerja-kerja pembinaan.
“Justeru mereka (penduduk) ingin tahu apakah masalah dan perkembangan projek ber-kenaan,  sama ada ia akan di-laksanakan melalui kontraktor ataupun secara gotong-royong,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ba’Kelalan berkata, projek berkenaan ditunggu-tunggu oleh penduduk di situ sejak  berpuluh tahun lalu.

“Dulu apabila kerajaan datang ke kampung kami, isu projek hidro dan jalan raya sering  diketengahkan untuk dilaksanakan di kawasan kami.
“Tetapi apabila kerajaan mengumumkan untuk mem-bina projek hidro di kampung kami, sehingga  kini kami masih menunggu perkembangan positif projek tersebut,” ujarnya.

Katanya, pembinaan empangan hidroelektrik mini di Kampung Buduk Nur dan Long Langai antara projek pembangunan yang sudah dirancang tetapi belum dilaksanakan.
Malah, katanya pada masa ini penduduk hanya bergantung kepada penggunaan jana kuasa untuk  menjalankan aktiviti seharian.

“Atas sebab itulah penduduk kampung berasa bingung dan hairan kerana projek menelan kos  berjuta ringgit ini belum dijalankan lagi,” katanya.
Katanya pembinaan hidro amat penting dan menjadi nadi kepada penduduk yang mendiami kampung utama di kawasan Ba’ Kelalan itu.

Selain kediaman penduduk, kampung berkenaan juga mempunyai kemudahan klinik, sekolah rendah iaitu SK Ba’Kelalan yang bergantung kepada hidro itu nanti.
“Sebelum ini kerajaan juga berjanji akan memberi perhatian kepada projek itu terlebih  dahulu sebelum membawa lebih banyak pembangunan kepada penduduk di Ba’Kelalan,’’ katanya.

Dalam pada itu, Tadam menjelaskan selain hidro, pembekalan air paip yang digunakan  penduduk di kampung berkenaan sebelum ini, kini tidak lagi beroperasi.

“Penduduk juga ingin mengetahui perjanjian yang dimeterai berhubung tempoh masa  penggunaan air paip tersebut kepada penduduk kampung.
“Ini kerana sejak Jun tahun lalu, air paip berkenaan tidak lagi beroperasi sepenuhnya,” katanya.

Penduduk, jelasnya hanya menggunakan kemudahan bekalan air paip itu dalam tempoh yang  tidak lama.
Beliau berkata, pada masa ini mereka hanya bergantung kepada kemudahan air paip yang  disediakan pihak  berkuasa  kesihatan.


by Mastura Ismail / March 4, 2010, Thursday

Tagged with: hydyoelectric

Posted by Lawasian on Khamis, Mac 04, 2010. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Tiada ulasan: